Ikuti Facebook kami! Nantikan tawaran Kupon Istimewa
Subscribe our newsletter and get unlimited profits
Ikuti Facebook kami! Nantikan tawaran Kupon Istimewa
Dapatkan harga lebih rendah dengan belian Kombo Wangian BFP

Balqish kesegaran berterusan dengan semburan kasih sayang

Dapatkan tiga produk utama Balqish, Balqish Fabric Perfume, Qish Car Perfume, dan Balqish Body Lotion Perfume dan rasai aroma wangian kasih sayang

Tentang Balqish.

Balqish binti Jamaludin atau lebih dikenali dengan panggilan Qish merupakan seorang usahawati yang begitu cekal, positif dan bersifat ingin membantu orang dalam segala faktor. Beliau bermula dari perniagaan IKS kecil-kecilan bersama ahli keluarganya dengan hanya beroperasi di rumah beliau di Rumah Pangsa Kayu Ara. Damansara. Dari situ, Puan Balqish telah melebarkan sayapnya serta telah membuktikan bahawa “women empowerment” adalah sesuatu perkara yang luar biasa. Kemudian beliau telah mencuba perniagaan wangian fabrik yang diberi nama ‘Balqish Fabric Perfume’ dibawah naungan syarikat Qishrich Global Resources pada 5 Januari 2018 secara kecil-kecilan. Dari situ, produk tersebut telah meningkat sedikit demi sedikit dan telah banyak membantu orang ramai.

Setelah hampir 4 tahun berada di pasaran perniagaan, demi mengukuhkan lagi produk tersebut Puan Balqish telah melangkah ke peringkat yang lebih tinggi bagi memberi kepercayaan pada pelanggan dengan menubuhkan syarikat sendirian berhad yang diberi nama Legasi Balqish Sdn Bhd pada tanggal 10 November 2021. Setelah itu, produk demi produk yang baru mula dirangka dan dipersembahkan di pasaran demi mengekalkan matlamat yang dibawa.

Kini brand Balqish@Qish yang dibawa olehnya telah berjaya mencipta fenomena sehingga dapat menembusi pasaran diluar Malaysia seperti Brunei dan Singapura dengan menawarkan produk-produk pewangi berkualiti tinggi serta berwajah ekslusif.

Produk Balqish kini sudah mempunyai tiga jenis barangan yang dikenali sebagai Balqish Fabric Perfume untuk kegunaan pewangi fabrik, Qish Car Perfume untuk kegunaan pewangi kereta dan Balqish Body Lotion sebagai wangian kecantikan diri.

Dalam mencipta nama brand yang utuh, syarikat Legasi Balqish juga membuka peluang pada orang ramai khususnya suri rumah untuk bersama-sama menjana pendapatan dengan turut bersama menjadi ejen atau stokis produk Balqish. Setelah hampir 6 tahun dimedan perniagaan, kini Legasi Balqish Sdn Bhd sudah memiliki beribu ejen seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura serta stokis daerah begitu juga stokis negeri.

Legasi Balqish Sdn Bhd akan terus mengekalkan produk yang sedia ada bagi memuaskan hati pelanggan dan akan terus mencipta produk-produk yang baharu dimasa akan datang. Terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh pelanggan Balqish yang setia dan percayakan akan keluaran produk dari kami. Kami akan teruskan menghasilkan produk yang berkualiti mengikut matlamat yang telah selama ini kami angkatkan “Kualiti diutamakan, Harga pasti mampu milik”, “Biar sedikit asalkan barakah”.

Sekian…

Pembelian mudah bersama Balqish.

balqish.com memberikan anda pengalaman pembelian yang mudah selamat dan cepat dan menjanjikan kualiti produk premium dan ekslusif

Mobile shopping

Pembelian mudah dengan katelog mobil yang menarik

Secure payments

Transaksi atas talian yang cepat dan selamat

Present packaging

Bungkusan yang premium dan ekslusif

aroma wangian berterusan bersama Balqish.

0 K+
Produk Terjual
0 +
Produk
0 K+
Pengguna
0 %
Kepuasan